Sunday, January 16, 2011

Ubi dot dot dot

Semalam balik dari hantar dokumen
untuk visa ke Tanah Haram
insyaAllah awal Mac depan
selepas usaha dan doa siang malam

dari tahun lepas hasrat 
nak bawa Baba dan Ma
tapi Baba dah tak larat
Ma pun tak boleh ikut sama

selesai urusan terus ke bandar
ambil baju dari tukang jahit
kemudian singgah di pasar
cadang nak cari lauk sikit

tiba tiba perasan
longgok gelap dalam besen
depan gerai beras mokcik Kelantan
sebelah badang ikan masin

nostalgia masa silam
waktu masih kanak kanak
tak kira siang malam
kunyah je sebab enak

bukan keledek bukan kentang
kulit nipis warna hampir hitam
ada yang bulat ada yang panjang
saiznya macam macam



masa kecik kecik dulu 
orang kampong saya panggil ubi keling 
orang hilir orang hulu
tak de pulak sapa nak jeling

apa yang berlaku pada Interlok
rasa takut lah pulok
nak tulis nama ubi ni di blog
kena panggil ubi dot dot dot

haihhhhh!!!

4 comments:

Kenn said...

Betul tu koolmokcik..

ubi ni memang sedap terdapat di Kelantan.

Ubi keling !!

Tak ada siapa pun nak gila-gila pi bakar ubi ni sebab namanya keling.

Hanya yang terpesong politik saja yang hilang akal, agaknya.

koolmokcikZ said...

pelik gak Kenn

banyak pulak jenis ubi ada kat kelantan

tapi tak de pulak kat tempat lain ditanam orang

di antaranya ubi badok, ubi itek

hmm ..apa lagi yang pelik?

Che Nah said...

Akak, kami panggil ni ubi kemili. Sedap kalau rebus cicah ngan kelapa parut letak gula ngan garam. Dah lama tak pernah jumpa ubi ni

koolmokcikZ said...

Cik Nah

akak tak pernah le pulak tahu makan cam gitu ... mesti sedap. hehehe..kena gi cari lagi kat pasar. kat fb,kawan akan cakap buat masak kari pun sedap.