Saturday, July 27, 2013

The Nest Is Empty Now

31 Mei 2013 : 10.00 am - Majlis Khatam Quran.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran rakan rakan tadarrus dari sekolah lama diketuai Ustazah Nor Ana bersama beberapa orang kampung dan kaum keluarga. 

Seronok sangat. 

Lebih istimewa bila dapat peluang mentauliahkan anak sendiri. Walaupun tidak bersedia dengan teks tapi kata kata lahir dari perasaan tulus ikhlas.

ayong khatam quran

ajar ayong ngaji buat kali terakhir. tak tertahan airmata

Sedang mentauliahkan Ayong. Rasa sayu dan sebak.
Doa yang dibaca ustazah Nor Ana amat menyentuh jiwa
 


ummi doakan kebahagiaan ayong hingga akhir hayat








31 Mei 2013 : 9.00 pm - Majlis Akad nikah. 

Rancangan asalnya majlis ni untuk keluarga kedua belah pihak saja. Masak sendiri dengan bantuan adik adik dan Kak Som jiran depan rumah. Hidangan lauk pauk dan ulam kampung! 

Tak sangka Zalilah sekeluarga tiba dari Ipoh, Ira sekeluarga, mak dan bapa mertua Epit, serta beberapa orang lagi kawan kawan rapat Ayong dan Rahim serta saudara mara turut datang memeriahkan majlis. Walaupun hidangan tak seberapa tapi kemeriahan tetap terasa.


lafaz akad nikah
ayong tandatangan surat nikah
RJ 3009


expanding family


Zalilah & family came all the way from Ipoh
a big surprise from an old buddy

 :
special delivery of Gardenia waffles - thank you LinaH









1 Jun 2012 : Walimatul'urus. 

Tak menjangkakan kehadiran tetamu yang ramai sebab pertengahan cuti sekolah gini banyak kenduri. 

But ... surprise! surprise! Lauk pauk hidangan cukup cukup jer ngan tetamu yang hadir. Meaning I got it right ... [feeling a bit conceited, hehehe!]

Dan lebih special lagi bila seorang rakan maya dari Shah Alam sampai ke ceruk ulu ni. 


Eliza Hanis - rakan fb yang datang dari Shah Alam. Tak sangka! Tq for such a lovely surprise.
Syukur Alhamdulillah. Walaupun majlis kecil kecilan tapi rasa sungguh meriah dan bermakna bila dipenuhi dengan kehadiran saudara mara, rakan rakan dan jiran dekat.


geng mokcikZ - tak ramai kali ni tapi tetap meriah. Tq girls!
BUT ...

After everybody is gone ... the nest is totally empty now. 

It feels different. 

I thought I don't mind being alone. 

I have been alone all these years but with one expectation fulfilled - my brood would come home to me on raya. 

Now I cannot have any expectation. 

That leaves a big hollow in my soul.

Friday, February 22, 2013

Ayong Bertunang

 9 Feb 2013 - Majlis pertunangan Ayong.

Rombongan pihak lelaki dijangka tiba lepas zohor.

Order 40 ekor patin sangkar untuk dimasak tempoyak buat jamuan. Janji dengan pembekal seekor ikan potong dua aje. Yang sampai seekor ikan potong empat. Maknanya ikan yang dibekalkan tu melebihi 2 kg seekor. Anggaran tetamu tak sampai 100 orang. 

Kelam kabut membersihkan ikan. Tak muat periuk kerana jumlah ikan hampir 2 kali ganda dari yang dirancang.

Nasib baik nenek ada stok tempoyak lebih.

Cuaca mendung. Tiga hari lepas hujan tak berhenti. Risau. Takut rombongan tiba dalam hujan. 

Tayar kereta Rahim pancit dan kesesakan jalan kerana cuti tahun baru cina menyebabkan rombongan tiba hampir waktu maghrib. 

Tak sempat beramah mesra lebih lama dengan keluarga pihak lelaki yang datang dari jauh. Mohon maaf lah.

Ramai pulak yang tak makan ikan sungai.

:(

Maaf sekali lagi.


rombongan pihak lelaki sampai dari Kota Bharu hampir waktu maghrib
pak sedara kedua belah pihak jadi wakil
bakal ibu mertua menyarungkan cincin pertunangan
Ayong cium tangan bakal mertua
RJ 3009
hantaran kedua belah pihak
pulut semangat belah perempuan

peminang
dipinang
Alhamdulillah.

Thursday, February 21, 2013

Belasungkawa - Eni

Khamis 7 Feb 2013.

Ayong: Umi! Makcik Eni sakit ... kanser ... kat hospital Temerloh.

Umi   : Bila?

Ayong: Dah seminggu masuk wad.

Umi   : oh! Nanti lepas kenduri kita pergi melawat lah.

Selasa 12 Feb 2013.


Ayong: Umi! Makcik Eni ada kat rumah dia.

Umi   : Eh? 

Ayong: Doktor suruh balik sebab raya cina.

Umi   : Ha? Pelik nya. Jom lah gi tengok dia. Telefon nenek kot dia nak ikut!

Di rumah Eni.

Nenek: Bila kamu mula sakit, Eni? 

Eni    : Bengkak kat bawah ketiak ni dah lama tapi bulan sebelas masa balik kampung untuk kenduri Reno, tetek mula bengkak.

Umi   : Bila kamu pergi hospital? 

Eni    : Minggu lepas. Jumaat 15 hb ni kena pergi hospital balik untuk scan. Pukul 8.00 pagi nak kena ada kat sana.

Umi   : Ayong boleh tolong hantar?

Ayong: Boleh.

Jumaat 15 Feb 2013 13:00

Ayong: Umi! Makcik Eni kena masuk wad semula. Sesak nafas. Tak boleh buat scan. Kena tunggu nafas stabil dulu. Petang ni saya kena pergi hantarkan baju dia. Nak ikut?

Umi   : Ok. Pakcik Syarul dan Hafiz tentu nak ikut sekali.

Jumaat 15 Feb 2013 18:30

Hafiz tak dibenarkan naik ke wad melawat ibunya kerana belum cukup umor.  Eni amat lemah di katil dengan topeng oksigen.

Umi    : Doktor ... ini suami pesakit. Dia nak bawa pesakit balik ke Indonesia.

Doktor : Buat masa ini pesakit ada masalah pernafasan. Kami tak nasihatkan pesakit dipindahkan kerana mungkin timbul masalah dalam penerbangan. Biarlah pesakit stabil dulu.

Umi    : Syarul ... betul kata doktor. Mana larat Eni naik kapal terbang sensorang dalam keadaan begini. Tunggu dulu lah!

Syarul : Ya lah.

Ahad 17 Feb 2013 20:00

Nenek: Eni masuk wad? Nanti kalau pergi melawat, nenek pun nak ikut.

Umi   : Ok.

Isnin 18 Feb 2013 16:00

Ayong: Umi kat mana?

Umi   : Baru sampai rumah. Awak kat mana?

Ayong: Tengah jalan ke Seremban. Umi buat apa tu?

Umi   : Tak de apa. Kenapa?

Ayong: Makcik Eni dah tak ada!

Umi   : Innalillahi wainna ilaihiraji'un. Bila?

Ayong: Pukul duabelas lebih tadi. Saya nak kena balik ke?

Umi   : Eeh ... tak payah lah. Nanti saya jer yang pergi.

Ayong: Umi terus pergi ya. Diaorang tengah tunggu tu. Umi gi ambik nenek tak?

Umi   : Ya lah.

Nenek tak sihat. Tak larat nak ikut ke hospital.

Sampai di hospital, jenazah Eni dah dibawa ke bilik mayat. 

Susah juga mencari tempat tu sebab tak biasa. Silap masuk sampai ke bilik forensik yang sedang buat post mortem. Kelam kabut diaorang suruh saya keluar. 

Nampak mayat yang sedang dibedah.

Seorang lelaki yang pakai bib forensik tunjukkan tempat jenazah Eni diletakkan.

Syarul [suami Eni] dan Yanti [adik Eni] menangis sedih. Minta tolong saya berurusan dengan pihak hospital.

Syarul nak bawa jenazah balik ke Indonesia untuk dikebumikan. Pihak hospital sudah menghubungi agen yang menguruskan penghantaran jenazah.

Syarul dan Yanti minta saya berurusan dengan agen.

Bayaran urusan menghantar jenazah ke Padang ialah RM5800.00. Tiket penerbangan untuk pengiring berharga RM850.00. Malangnya tiada tiket untuk pengiring menaiki penerbangan bersama jenazah.

Tiket AirAsia ke Padang RM360.00. 

Jumlah RM6160.00

Syarul kosongkan dompet ... ada RM1200.00

Agen perlukan deposit RM3500.00 

Syarul menangis. Majikannya berada di KL.

Last kopek! Duit simpanan untuk hantar nenek pergi umrah.

Lepas maghrib, jenazah di suntik ubat pengawet dan dimandikan. 

Hafiz [anak bongsu Eni berumor 10 tahun] turut mandikan jenazah ibunya. Matanya merah tapi airmatanya tak kelihatan mengalir.

Tunggu agen sampai dari Seremban. Baca yasin.

Hampir jam 12 tengah malam agen sampai. Jenazah dimasukkan ke dalam beg mayat sebelum diletak dalam keranda yang kemudiannya dibungkus dengan kain putih dan ditulis butiran penerima.

Hantar Hafiz dan Yanti balik.

Sampai di rumah hampir 1.30 pagi.

Mandi.

Tak dapat tidur.

Jam 5.30 pagi bersiap ke sekolah.

Jam 10.00 pagi 19 Feb 2013, Yanti telefon bagitau Syarul selamat sampai di Padangawal pagi.

Hampir jam 4.00 ptg, Yanti telefon bagitau jenazah sampai di Jakarta.

Maghrib, Yanti telefon bagitau jenazah selamat tiba di Padang dan terus dibawa ke kampung dengan ambulan.

Hampir jam 10.30 mlm, Yanti telefon bagitau jenazah Eni selamat dikebumikan.

Agen hantar sms minta baki bayaran dijelaskan. Minta tempoh sehingga siang.

Jam 12.02 tgh 20 Feb 2013, baki RM2660 dijelaskan kepada agen.

Alhamdulillah. 

Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.