Friday, February 22, 2013

Ayong Bertunang

 9 Feb 2013 - Majlis pertunangan Ayong.

Rombongan pihak lelaki dijangka tiba lepas zohor.

Order 40 ekor patin sangkar untuk dimasak tempoyak buat jamuan. Janji dengan pembekal seekor ikan potong dua aje. Yang sampai seekor ikan potong empat. Maknanya ikan yang dibekalkan tu melebihi 2 kg seekor. Anggaran tetamu tak sampai 100 orang. 

Kelam kabut membersihkan ikan. Tak muat periuk kerana jumlah ikan hampir 2 kali ganda dari yang dirancang.

Nasib baik nenek ada stok tempoyak lebih.

Cuaca mendung. Tiga hari lepas hujan tak berhenti. Risau. Takut rombongan tiba dalam hujan. 

Tayar kereta Rahim pancit dan kesesakan jalan kerana cuti tahun baru cina menyebabkan rombongan tiba hampir waktu maghrib. 

Tak sempat beramah mesra lebih lama dengan keluarga pihak lelaki yang datang dari jauh. Mohon maaf lah.

Ramai pulak yang tak makan ikan sungai.

:(

Maaf sekali lagi.


rombongan pihak lelaki sampai dari Kota Bharu hampir waktu maghrib
pak sedara kedua belah pihak jadi wakil
bakal ibu mertua menyarungkan cincin pertunangan
Ayong cium tangan bakal mertua
RJ 3009
hantaran kedua belah pihak
pulut semangat belah perempuan

peminang
dipinang
Alhamdulillah.

5 comments:

sher said...

Tahniah, ayong.. comel anak umi :)

koolmokcikZ said...

thanks mokcik.

tak sempat nak melawa anak umi ... janji nak datang lepas zohor ... sakan doh ler kezen dia calit mekap ... sudahnya rombongan sampai dia baru buka telekong ... tak berapa sempat nak sapu bedak pun. tapi apa hal pun ... den suke sesangat tengok ada orang pakai baju melayu pink ...sweet giler!

Oldstock said...

Tahniah kepada Ayong dan juga Umi nya... so when's the big day?

Che Jam said...

Salam,

Tahniah utk Ayong,

Nanti kenughi jemput kitorang tau. Kitorang nak jalan-jalan sampai Planet Kool :-)

koolmokcikZ said...

Thank you Oldstock

Thank you Cik Jam.

Kenduri in-sya-Allah 1 Jun 2013.

Kira jemput dah lah ni ya.

Harap sangat dapat jumpa Cik Jam dan Oldstock kat "Planet Kool" ... ;p