Sunday, April 17, 2011

Karachi transit

Sewaktu bersetuju untuk mengerjakan umrah dengan Gemilang, pakej pilihan adalah pakej 11H9M  bertolak 9 Mac dengan penerbangan Garuda transit 2 hari di Jakarta. Aku menyuarakan kepada ketua kumpulan kami tak ada can ke naik MAS terus ke Jeddah.


Beberapa minggu kemudian, aku diberitahu kumpulan kami akan bertolak pada 11 Mac dan kembali 21 Mac dengan penerbangan terus MAS. Tak terkira gembira hati ini. Permohonan cuti aku ada sedikit masalah. Kerana sebab tertentu, aku perlu ambil cuti tanpa gaji sehari. Tak kisahlah.


Seminggu sebelum tarikh berlepas, aku diberitahu, tarikh berlepas diawalkan sehari. Tambah cuti tanpa gaji lagi. Tak apa lah. Rela berkorban.


Maka pada 10 Mac, sebelum subuh aku dan Ayong dah tiba di tempat yang ditetapkan. Seronok bukan main nak gi umrah [dah cerita kat sini].


Tapi rupanya ada 'fine print' yang aku terlepas pandang.


Dalam brochure yang di beri, tak ada sebarang fine print. Tapi dalam iklan di akhbar [yang aku baca SELEPAS balik] rupanya ada 'fine print' - penerbangan dan tarikh tertakluk kepada perubahan.


Apa yang aku pelajari dari pengalaman mengerjakan umrah ini ialah ibadat adalah modal mendapatkan untung besar.


Gemilang Travel & Tours merupakan di antara beberapa syarikat yang diberi lesen mengendalikan umrah. Entah macamana operasi biznes ini tapi mereka tidak mendapatkan tiket penerbangan terus dari syarikat penerbangan yang ada tapi menerusi syarikat Muhammadiah.


Kisahnya, kumpulan kami dah dapat visa pada 9 Mac. Bila kami tiba di KLIA untuk menaiki penerbangan pada jam 1.00 tgh di KLIA pada 10 Mac, tiket kami telah 'diberikan' kepada kumpulan yang diuruskan oleh ejen lain. 


Bila kami di bawa bermalam di Nilai malam tu, tokeh syarikat Gemilang memberi berbagai alasan dan dihujungnya beri kami pilihan menaiki penerbangan PIA dengan transit di Karachi dan bertolak balik dari Jeddah pada 25 Mac dengan transit 2 hari di Karachi. Kami hanya akan sampai di Kuala Lumpur pada petang 27 Mac. Itupun kumpulan kami terpaksa berpecah kerana tidak cukup tiket. Kalau tak nak, kami kena balik. Tidak pulak diberitahu samada duit yang dah dibayar akan dipulangkan atau tidak.


Aku dan Ayong nekad meneruskan perjalanan walaupun berdepan dengan masalah cuti. Jadi tak peduli lah pasal duit pulang balik atau tidak.


Kononya kami untung sebab dapat tinggal di Mekah 2 hari lebih lama, tapi aku 'stress' giler dengan keadaan yang memaksa aku bercuti tanpa gaji begitu. Dan aku kena bersyukur sebab dapat beribadat lebih dengan percuma! Sapa nak bagi? [Itulah kata kata yang ditaburkan oleh ketua kumpulan kami].


Aku tertanya tanya, bolehkah ejen umrah tu buat begitu sewenang wenangnya? Tidak adakah sebarang undang undang yang melindungi pengguna dalam kes begini? Memang aku tidak menandatangani sebarang kontrak tapi bukan kah 'itinerary' yang diberi pada kami merupakan 'janji' ejen.


Aku rasa jika aku nak cari pasal, aku ada kes. Namun, aku terlalu letih dan tak sihat sejak balik. Lagipula, dah tua tua begini aku tak larat dah nak menentang arus.


Jadi, aku sekadar dapat berkongsi pengalaman ini dengan sapa sapa yang menjengah ke sini.


Semasa di airport Jeddah, kami berjumpa satu kumpulan yang dah 3 hari menunggu penerbangan balik. Mereka tersadai di airport. 


Pengalaman transit di Karachi amat tidak menyenangkan.


Pertama, paspot kami dipegang oleh pegawai imigresen di airport. Kami keluar dari airport dan menunggu coaster hotel untuk di bawa ke airport hotel tanpa paspot. Tak pernah aku alami keadaan ini sewaktu transit. Nak bising pun, SEMUA paspot jemaah umrah penerbangan yang aku naiki dari Jeddah ke Karachi itu di kumpulkan oleh pegawai imigresen Pakistan. 


Kedua, pencuci tandas airport, pemandu coaster dan kelindannya, pekerja hotel semuanya menghulur tangan minta 'tips'. Aku rasa sangat tidak senang dengan keadaan begitu. Seolah 'dipaksa' untuk beri tip. Selagi tak beri mereka terus meminta minta dan tidak mahu berundur. Layanan dan sopan santun yang mereka tunjukkan perlu dibalas dengan tip. Tak ada keikhlasan langsung.


Ketiga, kemiskinan. Kami tiba di airport hotel waktu subuh habis. Tiba di bilik di tingkat 2, aku berkejar ke toilet. Dah siap buang air kecil, buka paip nak bersihkan diri, TAK DE AIR! Tak de tisu! Hampessssssssssss! 


Bunyi bising di bilik sebelah. Masa masuk bilik tadi nampak young men in football jersey di koridor bilik tu. Risau pulak takut ada yang mabuk.


Ayong ke kaunter untuk minta tukar bilik. Tengah jalan jumpa supervisor bilik. Bila Ayong terangkan masalah, dia cadangkan kami tukar ke bilik bawah. Ayong naik ke bilik untuk bawak beg turun. Bertembung dengan seorang pekerja yang berebut nak bawakan hand luggage kami yang ringan. Terpaksa kami berkeras menolak kerana dah hampir sangat sampai ke bilik. Supervisor tu pegang pintu. Bila kami masuk, dia hulur tangan minta upah. Aduyai!


Ayong dan aku perlu makan ubat. Air yang kami bawa dari Mekah tinggah sedikit. Tengok ada flask air atas meja dan ada gelas. Bila nak tuang air dari flask, nampak keadaan flask yang berkarat. Tak lalu lah! Tak jadi tuang air.


Bilik berbau asap rokok dan rasa berlengas semacam. Lantai melekit.Penutup katil lembab semacam. Cuba lihat keadaan di bilik air.


toilet without seat cover - boleh terjulus weh!

rusting mirror
Cuba tidor tapi tak leh lelap. Pintu bilik punya kunci yang 'flimsy' sangat. Rasa tak selamat sangat.


Stress giler!


Jam 9.00 pagi ketua kumpulan bagitau ada rombongan melawat sekitar bandar Karachi. Dua puluh ringgit tambang campur lima ringgit tip seorang.

4 comments:

mamasita said...

Tulaah..semalam I scroll down your entries..terkejut gak.
How come mula2 kata dapat penerbangan MAS then tau2 you naik kapalterbang PIA..roofing bocor pulak tu..
Agent mestilah do their best to keep their word and promise..you kena tick-off this Gemilang group..supaya other Jemaah Haji tak tertipu macam ni..
it's wrong of them.

koolmokcikZ said...

i think that's the general practice, mamasita. from what i understand, ejen umrah tidak beli tiket terus dari syarikat penerbangan tapi dari syarikat Muhammadiah. Entahlah apa status syarikat Muhammadiah ni. sebelum ni i pernah dengar cases jemaah umrah tersadai di airport. i rasa ini lah sebabnya. mungkin ada beberapa orang jemaah terpisah dari kumpulan induk dan terpaksa menaiki penerbangan lain yang kena transit. sampai kat tempat transit, tiada wakil ejen. kena pulak mereka yang terpisah tu tak pernah travel dan tidak boleh berbahasa inggeris, memang tak tahu apa nak buat lah.

Unknown said...

Salam ukhuwah,

I went dulu with Rayhar Travel. Alhamdulillah they were very proffesional abt the whole thing and we were not shortchanged in any way at all.

Anyway, org kata, nak berumrah ni mmg banyak cabarannya. Di sini u lebih dari segi pahala sabar lah, I would say, sbb banyak fugaan!

Apa2 pun, Alhamdulillah U dah selamat kembali in one piece!

koolmokcikZ said...

Waalaikumsalam Ahan,

Thank you for dropping by.

Yes. That's exactly what I felt ... being shortchanged but it is a taboo to have such thought.

sad isn't it?