Friday, April 1, 2011

GEMILANG TRAVEL & TOURS - Umrah 2011 [Part 3]

Sampai di Jinah International Airport Karachi dah masuk Maghrib. Asalnya transit 5 jam di Karachi tapi sebab delay berlepas tadi, dan mengambil masa yang agak lama untuk melepasi kastam Karachi, kami terpaksa bergegas ambil wudhu di tandas balai ketibaan. Ramai yang solat di luar tandas so Ayong and I just joined them. Tawakkal ajelah.


Tak sempat jumpa kerusi kosong, dah kena board connecting flight to Jeddah. Awal awal lagi I exchanged my ticket with a young man in my group so that I could sit with Ayong. Ingatkan seat kat ekor rupanya upper deck seats ... more leg room and no LEAKING! Alhamdulillah.


happy getting leg room
BUT! An old stewardess made a big fuss about the change. She insisted I bring the person and show her his ticket. Such arrogance when other passengers are sitting as they please. Ayong got up to find Izzad [the young man I exchanged my seat with], Apparently Izzad was also harassed and he came looking for me. He showed the old hag my ticket [I doubt if our names has any meaning to her].


Eventually dinner was served. Rice with chicken and eggplant. Yummy.


Fed and comfortable I drifted into sleep. Tahu tahu dah sampai Jeddah.


Jeddah from air


Lama berlegar di udara. Lepas tu lama pulak tunggu baggage. Langsung tak de tempat duduk. Risaukan kaki yang sakit berdiri lama gitu. Tumpang duduk kat tahapakenamadia.


lama sangat tunggu baggage
Pelik bila baggage turun belt, ada sekumpulan lelaki [ada yang pakai overall oren, ada yang pakai biasa je] bergegas mengambil baggage dari belt dan mencampak dengan kasar ke atas lantai. Ada beg yang patah tangkai.


Tiga beg ahli kumpulan kami HILANG.


Lama kami tunggu di tempat mengambil bagasi. Akhirnya kami keluar ke balai ketibaan. Dah hampir tengah malam. SEJUKKKKKKK


Wakil penganjur tiba dan bagitau bas syarikat tidak boleh masuk untuk ambil kami. Kena naik bas airport ke satu tempat di luar. [pandai pak arab cari duit]


Kesian pulak wakil Gemilang. Dua kali kena punggah beg.


Terus menuju Madinah. Dalam samar malam, terlihat seperti bukit bukau sepanjang perjalanan. Ingatkan dapat tengok unta. Tak de.


Bas berhenti di tengah  padang pasir untuk solat Subuh. Masjid di tengah jalan tu lain beno dari masjid kat tempat kita. Bilik air sedia tempat ambil wudu' tapi tak de sapa yang larat nak guna jamban. Tertanya tanya jugak, ada air ke kat padang pasir ni? Rupanya mewah air paip wudu' dia.


Selesai solat suboh di masjid tengah padang pasir [hehehe] kami berposing. Tengah galak posing, ada sebuah hilux melintas membawa seekor UNTA. MasyaAllah. Dok nyebutkan unta tengah jalan tadi, now it is sent on a hilux! Sempat ambil gambar unta atas hilux walaupun tak berapa terang.


unta atas hilux


Sampai di kota Madinah dalam pukul 8.00 pagi. Sempat tengok payung Masjid Nabawi yang masih kuncup.


payung Masjid Nabawi masih kuncup


Check in hotel Mubarak AlMAdinah. Lebih kurang 100 m dari masjid. Syukur Alhamdulillah. Had our first breakfast in Madinah. Komen Ayong ... nasi goreng dia rasa cam nasi goreng nenek [nenek kalu goreng nasi mesti tumbuk bawang merah bawang putih dan bubuh sos tomato].







Tak leh bawa kamera atau telefon ke dalam Masjid Nabawi. Jadi kami posing posing kat luar bawah payung yang dah terbuka.




Kami tiba awal untuk Dzuhur tapi dah penuh sampai ke laluan. Berasak asak ke sebelah kanan ... alhamdulillah. Banyak lagi ruang kosong di sebelah kanan rupanya. Memang pesen sesetengah jemaah dari negara tertentu deme suka duduk tengah jalan sampai sesak tak leh lalu.


Ingin dicatatkan di sini Ayong and I rasa cam bergegar dan rasa pening pening sikit [ala ala masuk satah lain]. Wallahual'alam.


Keadaan yang sama setiap kali kami berdua ke masjid.


Rakan sebilik [yang dah pernah mengerjakan haji dan umrah beberapa kali] dah jenuh shopping. Kami juga di beritau harga barangan di Mekah jauh lebih mahal berbanding di Madinah. 


Walaupun dah set strictly no shopping, tapi dalam hati terlalu ingin bawak buah tangan untuk adik beradik anak anak saudara. Lagi pula tengok deme beli jubah hitam lawa lawa dengan harga 30 Riyal. Akhirnya kami mencuri juga masa lepas asar untuk mengintai tasbih dan jubah. Tak sempat siap membeli azan Maghrib kedengaran dan pekedai bergegas menutup kedai.


Kami bergegas ke bilik untuk simpan belian dan berwudu'. Melangkah masuk saja ke pekarangan masjid, imam dah takbiratul ihram. Aying and I, we just bentang sejadah kat tengah jalan tu dan terus takbir. Selesai solat, ada solat jenazah tapi kami tak tunggu sebaliknya cuba bergerak ke dalam untuk menunggu waktu Isyak. Beberapa jam merayap shopping tadi, kaki aku cramp dan tak leh bangun. Puas Ayong cuba tarik. Ada sorang perempuan [tak pasti bangsa apa] cuba mengangkat, pun tak berjaya. Terkial kial aku cuba berdiri. Akhirnya berjaya. Terencut encut mencari jalan masuk ke masjid melalui ribuan jemaah yang mula bergerak. Dan seperti selalu, kami rasa bergegar sikit, pening pening dan akhirnya tiba di kawasan yang agak lapang tidak ramai jemaah. Boleh baring.


Jam 1.00 pagi kami di bawa pemandu khas ke Raudah. MasyaAllah! Bertolak tolakkan berebut tempat paling mustajab doa. Rezeki kami, selepas semua habis berebut, kami dapat tempat di karpet hijau tak ada orang lain dah. Syukur. Kami semua dapat berdoa dengan aman sepuasnya. Menurut rakan yang dah banyak kali datang, inilah pertama kali beliau dapat berdoa dengan puas di Raudah. Rezeki. Alhamdulillah.


The next day kami di bawa melawat beberapa kawasan berhampiran. Pertama ke Bukit Uhud di mana tentera Islam kalah perang kerana tamakkan rampasan perang.


Kami juga sempat melawat dan solat di Masjid Qiblatain, Masjid Quba dan Masjid Tujuh Nabi.


Kemudian kami di bawa ke LADANG Tamar. Tak banyak pilihan tamar yang ada dan semuanya kering keras. Kurma ajwa dan anbar [kurma nabi] harganya 75 Riyal sekilo. Mak aih! Nak tak beli, karang tak jumpa dah ...nyosal. Belilah sikit dengan harapan ada peluang lain.


Bertolak ke Mekah lepas asar. Berihram di Bir Ali. Sampai di tempat menginap di Mekah dalam jam 9.00 mlm. Makan malam yang lazat. Ada sambal belacan. Hahaha!


Kami berkumpul di lobi dan mutawif yang disediakan GEMILANG membawa kami ke rumah Allah untuk mengerjakan umrah wajib.

No comments: