Monday, November 29, 2010

Ye ke?

Baca blog Mazidulakma di sini  pasal pemerhatian beliau di Kelantan. Tak terkejut pun bila beliau merakamkan ketergamamannya



"Satu hari saya ternampak budak perempuan berseragam sekolah  masuk ke rumah  dengan 6 budak lelaki. Saya datang jumpa dan halau semua budak lelaki. Bila saya tanya umur, budak perempuan tu jawab, 12 tahun. Kemudian saya tanya, tak takut ke kalau kena 'main'? Dia jawab dah biasa, pecah dara dulu katanya, dia kena 'main' 7 lelaki. Lepas bersembang dan dia mula percaya dengan saya, dia mengaku datang ke rumah tu sebab nak 'main'. Dengan 6 lelaki sekaligus ke? Dia jawab, tak, dalam dua tiga orang lah. Dia kata dia ketagih 'main', kalau tak dapat dia gelisah dan kena cari juga lelaki nak main dengan dia"

Saya terdiam.

Tergamam."


Terbaca pulak rencana ini di Utusan Malaysia [rencana penuh di sini] pasal keluhan seorang remaja 12 tahun. Ingatkan isu yang sama dengan apa yang diutarakan Mazidul rupanya it's the other side of the coin.


Budak ini mengeluh kerana bosan tiada aktiviti masa cuti sekolah panjang dan menginginkan buku cerita untuk dibaca.


Rasa macam tak percaya di zaman ini ada budak umur 12 tahun mengeluh ingin baca buku cerita.


Memang tidak dinafikan apa yang dikatanya pasal perpustakaan sekolah. Selain dari kurang buku, masalah besar yang saya perhatikan ialah masa penggunaan perpustakaan.


Perpustakaan sekolah dibuka waktu sekolah sedangkan logiknya waktu pelajar di sekolah penuh dengan jadual waktu matapelajaran dari waktu mula sampai sehingga waktu balik dengan 15 minit waktu rehat.


Beratur di kantin untuk sepinggan mee goreng dan segelas sirap pun dah memakan keseluruhan 15 minit waktu rehat.


Bila kala seorang pelajar ada masa nak ke perpustakaan?


Siapa pulak yang jaga perpustakaan? Cikgu? Pustakawan? PAR?


Siapa pun ... masa tetap merupakan masalah.


Pilihan terbaik ialah perpustakaan awam.


Setahu saya kini banyak diirikan perpustakaan desa.


Ada juga perpustakaan bergerak.


Hendak seribu daya ...

No comments: