[07/11/10 - Cik Nah, I lost my train of thought and have wrapped up this posting. Thanks for dropping by]
[27/10/10 - Alamak Cik Nah, tak siap jugak. Kena sambung besok lak kalu mood mai]
Mulanya malas nak peduli pasal PAU.
Frust sangat dengan bajet 2011. Apa yang Syed Akbar Ali tulis di sini memang masuk akal. Pengulas kedua posting itu menggelar bajet ni Harakiri politik.
Blogger dinturtle ajak kawan dia ngamuk beradab [di sini] sepanjang PAU.
Update 02/11/10. Ada pulak posting yang mempertahankan Menara Warisan ni [di sini] dan posting di blog anak muda penuntut UIA ni pun menarik juga [di sini] terutamanya komen komen dari rakan rakan nya.
Den rasa nak 'teriak' mengenangkan nasib anak cucu den lepas ni.
Dah 50 tahun den hidup. Lahir di Kelantan tahun 1960. Susahnya hidup den masa bebudak. Ayah den jual ikan kat pasar di pekan kecil Pulai Chondong untuk menyara den lima beradik. Makan bercatu. Selalu rasa lapar. Togok air kosong antara dua keping biskut tawar [kecik dan keras - sekarang dah tak de biskut ni] cicah teh O untuk sarapan dengan sesenduk nasi berlaukkan seekor ikan kembung kecil dibahagi antara 5 beradik. Pergi sekolah jalan kaki je sebab dekat. Tak pernah bawak duit. Bekal pun tak sebab memang tak de makanan. Waktu rehat tak de lah beratur kat kantin. Nak main pun tak de mood sebab perut berkeroncong. Kekadang ada kawan bagi 'sedut' aiskrim Malaysia. Nikmat nya.
Umur 11 tahun pindah ke Pahang. Ayah den kerja kat kilang kelapa sawit pikul kayu getah hantar ke dandang untuk masak kelapa sawit dalam 'cages'. Gaji lapan ringgit sehari. Tolak EPF dan SOCSO [kerja kompeni orang putih everything is in order] tinggal dalam RM200 untuk menyara kami 6 beradik [den 7 beradik semua sekali. Sorang adik perempuan diambil pelihara oleh tok saudara masa Ma sakit kena operate waktu den umur 9 tahun. Dua orang adik lahir selepas pindah ke Pahang]. Berek semi-D 2-bilik, api elektrik dan air paip tidak dirawat disediakan majikan.
Susah hidup kat estet ni lain macam dari susah hidup di kampung. Masa duduk di kampung, pendapatan Baba tidak menentu. Susah nak makan sebab tak de duit nak beli. Duduk di estet pulak, Baba dibayar 2 kali sebulan ... minggu ketiga dapat 'pinjam' lebih kurang 1/3 pendapatan dan akhir minggu pertama bulan berikutnya dapat 'gaji'.
Sudahlah susah sebab duit sikit, benda yang nak dibeli pula susah nak dapat. Teringat makan nasi berkuahkan kacang hijau yang direbus dengan serbuk kari berlaukkan ikan kering bakar. Itupun masak pakai kayu yang dikutip dari kebun getah berdekatan. Kalau tak sekolah, hari hari makan lempeng cicah gula berselang seli roti kering cicah teh O
Di kampung, sekolah dekat, kedai dekat, sedara mara ramai, jiran tetangga berlaga atap bertemu tangga.
Estet ni dalam hutan tempat jin bertendang. Kena menapak 3 km jalan tanah merah baru jumpa jalan raya. Sekali sekala lori tangki lalu, kenyang makan habuk. Lepas tu saling gelak tengok muka orang sebelah dah jadi macam tepung gomak. Paling lucu bulu mata jadi putih dan berat.
Kat estet tu tak de budak yang sebaya den pergi sekolah. Diaorang balik bersekolah di kampung. Sekolah paling dekat 6 km jaraknya dari estet. No public tranport. I trudged the distance to and from school with my elder brother. Selalu lewat sampai sekolah tapi cikgu tak pernah marah. Mungkin itu satu sebab den tak pernah segan nak ke sekolah. Kalau cikgu ikut peraturan dan mengambil tindakan setiap kali den lewat, kemungkinan besar den tak pergi sekolah dah. Terima kasih cikgu.
Kenkadang den pergi sekolah tumpang bas estet. Tapi kena kejar bas tu yang 'tidur' di kilang kelapa sawit tempat Baba kerja. Bas mula bergerak dari garaj jam 2.00 pagi. Den tidur awal dan bangun awal untuk naik bas. Zaman tu harga jam agak mahal bukan seperti sekarang sepuluh ringgit dah dapat jam dinding, dua puluh ringgit dapat jam tangan memacam pesen.
Kami terlalu miskin untuk ada lampu picit. Harga dan jangka hayat bateri di luar capaian pendapatan Baba. Dari rumah nak naik bas estet tu, kena panjat jalan bukit kira kira 300 meter. Lorong kecil di celah pokok kelapa sawit dengan semak samun di kiri kanan. Selalu terserempak ular tedung [memang dibiak kat estet untuk makan tikus yang merosakkan tuaian]. Den ngan Abang Long bawak pelita minyak tanah, panjat bukit kecil untuk tunggu bas kat jalan tanah merah jam 2.00 pagi. Naik bas sambung tidur sementara bas berpusing pusing mengambil pekerja di kawasan sekitar. Bas sampai kat sekolah jam 5.00 pagi. Pagar sekolah belum buka lagi. Den dan Abang Long serta tiga empat orang lagi rakan dari kampung berdekatan yang turut sama menumpang bas untuk ke sekolah menyusup bawah pagar ikut longkang untuk masuk kawasan sekolah. Bentang kain batik yang dibawa khas dan sambung tidur di koridor [kelas dikunci]. Jam 7.00 pagi jaga datang buka pintu pagar dan kelas. Kami bangun basuh muka dengan air bekalan sebab kat tandas memang tak ada air.
Begitu kitaran hidup den. Selalu juga tak ke sekolah sebab demam malaria. Teruk demam malaria ni. Mulanya badan menggigil kesejukan yang amat sangat hingga ke tulang hitam. Berlapis lapis selimut dan baju tebal pun tak berkesan. Lepas beberapa jam menggigil, badan jadi panas menyala nyala pulak. Rasa nak tanggal semua pakaian tapi tahu ajalah orang dedulu, kalau demam mesti berselimut supaya berpeluh dan cepat kebah. Jangan mimpi nak mandi lah. Kenkadang seminggu terus demam nya, kenkadang selang sehari. Naib baiknya pihak estet sediakan HA yang bagi kuinin. Pahit giler!
Update 22/10/10. Malaria mosquitoes are evolving into new species [read here]
Demam malaria menyebabkan limpa jadi bengkak dan perut kita jadi buncit. Keadaan tu kekal hingga kini [trying to explain my nine-month-pregnant stomach size - that is the swollen spleen plus kilograms of fat ... hehehe].
Tujuan den citer ni ialah untuk bandingkan keadaan den seorang ANAK JATI bumi ni yang memang tak de 'negeri' lain nak balik dah dengan anak anak buruh asing yang dah jadi warganegara tapi masih mengekalkan sekolah vernacular mereka sebab kononnya mereka nak balik 'negeri'; yang tinggal di bandar bandar dengan segala kemudahan: yang hari ini melalak lalak minta meritokrasi tapi jika kena posting ke kawasan pendalaman, sejuta enam alasan mereka. Sikap ultra kiasu mereka, satu dunia pun dah tahu. Hidup mereka hanya untuk makan. Rumah mereka tiada tingkap. Pesanan nenek moyang mereka ialah jika negara ini tidak cukup bagus, dapatkan pendidikan dan berhijrah ke tempat lain. Cari duit banyak banyak, makan kenyang kenyang. Bila ada malapetaka atau perang ... berduyun duyun mereka tinggalkan tempat ini. Cari tempat lain.
Bukan den nak menabur bibit rasis. Sekadar meluahkan perasaan yang amat tertekan dengan apa yang sedang berlaku. Den ada merapu kat sini dan sini tahun 2008. Lihat betapa tanggapan kaum Cina pada orang Melayu ...
“awak ingat sangat senang maa .. mahu cali luit? Kita olang Cina oo bukan selupa Melayu. Cina olang mau kelija pun susah. Lagi mau cali wang bayat itu lumah lagi … Melayu suma apa pun flee oo. Tak mau kelija pun tak apa … kelajaan kasi duit maa. . Melayu aa … belanak pun kelajaan kasi duit oo … betut bukan?”
“Uiks! Melayu mana beranak dapat duit?”
“tu .. kelija ofis punye … “
“Lagi aa … melayu mau meniaga pun senang ... kelajaan kasi luit …mau pinjam luit bank pun senang … tak payah cali gelento oo … tak baya pun tak ape … kelajaan kasi luit lagi …”
“Bukannn … olang cina maa … mau cali luit sendili… lagi sekolah pun sudah mau cali sendili … olang cina cali luit mahu kasi makan itu lumah, melayu cali luit sendili mau pakai saja … mau cali kelija pun tak susah … cina aa … sume pun mau cali sendili … bank pun tak mau kasi pinjam … ”
Hebat sungguh propaganda yang ditanam dalam benak kaum Cina yang dilahirkan di Malaysia ni. Siapa yang menanam propaganda begini?
Kalau benar kerajaan Malaysia kasi duit buta buta pada orang Melayu, adakah den perlu bersusah payah untuk pergi sekolah dengan perut kosong turun dari rumah jam 2.00 pagi bersuluhkan pelita ayan naik bukit tunggu bas estet yang pusing keliling dua buah kampung pun belum jijak waktu subuh, tidur atas simen koridor sekolah sementara menunggu matahari terbit, sarapan dengan nasi sejuk berlaukkan ikan kering bakar sedangkan Cina yang lahir di Malaysia ni tinggal di bandar dengan api elektrik, air paip, klinik, sekolah, kedai gunting rambut semuanya mudah. Susah mereka ialah bila tak dapat makan KFC minum coca-cola, tak dapat pergi tuisyen, tak dapat belajar piano, tak dapat belajar berenang. Susah bagi mereka bila tak dapat memandu Mercedes atau paling kurang Camry.
Kalau lah den tak dapat pergi ke Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah [SEMSAS] pada tahun 1973 tu, yang kerajaan bina untuk membantu anak anak orang kampung macam den yang berhempas pulas untuk ke sekolah, rasanya masa den umur 12 tahun, den dah kawin sebab ada orang masuk minang. Baba suruh den berhenti sekolah sebab dia kata tak mampu.
Apa pilihan yang den ada?
Den dapat masuk ke sekolah berasrama penuh dengan keputusan 3A 2B. Ramai rakan satu 'batch' yang dapat 5A terutamanya mereka yang bersekolah di bandar dan ibu bapa mereka berpelajaran. Omak den tak sekolah, baba den sekolah takat boleh membaca dan menulis sahaja.
Bayangkan kalau tiada sebarang dasar afirmatif, pastinya den tak merasa belajar di SEMSAS. Dan satu lagi yang pasti ialah SEMSAS dan yang sewaktu dengan nya tentu dipenuhi mereka yang dapat 5A dalam peperiksaan Penilaian darjah 5 [setara dengan UPSR kini]. Den dan rakan rakan senasib yang usahkan kelas tuisyen dan vitamin tambahan; soru pun kekadang miss, peparu lemas dengan habuk jalan tanah merah, perut buncit kerana kurang protin dan parasit bawaan vektor yang bersarang: kami anak bumi ini yang sampai hari ini masih bertungkus lumus mengais pagi petang hanya mampu berputih mata meneguk air liur melihat mereka yang mengaku rakyat negara ini tapi masih tak boleh berbahasa kebangsaan melahap meratah segala hasil pembangunan dengan mendabik dada mengaku semua itu adalah hasil keringat mereka membayar cukai pendapatan.
Kedua dua anak den bersekolah di luar bandar dapat 5A dalam UPSR tapi tak berpeluang ke sekolah berasrama penuh. Tak dapat biasiswa walaupun kedua duanya skor 9A dalam PMR. Usahkan biasiswa, pinjaman buku teks pun tak dapat. PTPTN dapat separuh aja.
Pastinya bukan den sorang dari 60% Melayu dan Bumiputera rakyat negara ini yang mengalami keadaan begini.
Dah hampir 8 tahun den pindah ke Kampung Kool ni. Hingga saat ni den masih menunggu talian telefon tetap. Pernah den guna CDMA yang dibekalkan TM tapi tak larat den bayar bil dial up internet yang mencecah RM800 sebulan dengan capaian ngalahkan siput. Nasib baik Maxis pasang menara dia 4 km dari kampung Kool. Dapatlah tumpang jalur lebar Maxis tapi almaklum sajalah ... capaian tanpa wayar GPRS saja. Deme yang duduk kat bandar dapat 3G, den dalam bukit nih kena pusing keliling rumah untuk cari signal GPRS Maxis. Main Farmville pun bangkrap sebab tanaman tak dapat dituai kerana jalur lebar sering tersumbat.
Den hanya mampu menadah tangan memohon pada Ilahi agar anak cucu den dapat merasa nikmat kemajuan negara tercinta ini. Amin ya Rabbal 'alamin.
7 comments:
sambungla akak..
later tonight
Cikgu,
Apa yang Cikgu lalui di masa kecik amat mengharukan dan menginsafkan saya.. will write a comment after u finish this entry
Saya langsung tak tengok PAU sebab meluat teramat.
Salam sejahtera koolmokcikZ,
Cuma ingin khabarkan bahawa "KaBel In My Mind" ada bahagian keduanya di sini:-
- Sketsa - History of Obe City (KaBel-in-My-Mind Part 2)
Ini juga bersempena dgn matapelajaran Sejarah yang mesti lulus.
Bukan hasrat saya untuk buat "doa pecah perut".
Harap koolmokcikZ akan terhibur.
Terima kasih.
Tak pa Cikgu, take your sweet time. I pon tengah berasap kepala, ada trial hari Isnin ni.
Cikgu,
Saya dah baca. Thanks.
Saya rasa saya hanya melalui 20 % sahaja daripada apa yang Cikgu lalui pada masa dulu. Tu pun rasa macam dah susah sangat dah.
Saya berpendapat pendidikan vernakular boleh menghalang kepada proses integrasi antara kaum. Pendidikan adalah medium yang paling sesuai untuk memupuk nilai-nilai perpaduan di kalangan generasi akan datang. Kita boleh bazirkan bertahun-tahun masa persekolahan mereka begitu sahaja atau kita gunakan sepenuhnya masa tersebut untuk membentuk mereka ke arah perpaduan. Kalau kita semua asyik bergaduh je kita pun tak ke mana jugak.
Sangat setuju bahawa orang Cina anggap Melayu senang nak hidup sebab banyak bantuan kerajaan. Tapi yang depa taknak bercerita ialah tentang jaringan ekonomi yang depa dah kuasai semenjak zaman British lagi dan kerajaan tak pernah usik. Apa sangatlah bantuan kerajaan yang dibagi kepada Melayu berbanding "secure"nya jaringan dia orang tu. Soalan mudah : mungkinkah Melayu boleh hidup buka business kedai hardware ?
Post a Comment