Sempena hari Guru 2010, Kementerian Pelajaran menganjurkan GOTONG ROYONG PERDANA.
Seorang guru memulakan hari kerja dalam kelas dengan memastikan kelas bersih dan teratur dan semua pelajar berada di tempat masing masing beruniform lengkap mengikut peraturan. Menjadi tugas guru juga memastikan setiap pelajar BERSIH dan SIHAT.
Kalau lantai dan tingkap kotor, cikgu perlu pastikan kekotoran tersebut dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan pelajaran. Semenjak jadi cikgu dari1982, sekali sekala aku sendiri menyapu lantai kelas dan membersihkan debu di tingkap bila ingatan pada pelajar seperti mencurahkan air ke daun keladi. Kononnya nak mengajar melalui teladan.Hampehhhh!!!
Heran sungguh aku. Pengalaman aku di negara orang putih, tukang cuci mencuci segala permukaan dan celah hingga berkilat. Tukang kebun amat bangga dengan hasil kerja tangan mereka. Bukan setakat potong rumput dan cantas pokok, malah mereka amat teliti menjaga keseluruhan 'sistem' laman/taman/kebun. Termasuk longkang dan tangga/bangku taman, air pancut dan sebagainya. Berbeza amat dengan tukang kebun kat tanah tumpah darah ku ini.
Setengah dari mereka jadi tukang kebun kerana masa sekolah dulu mungkin jenis yang suka ponteng kelas. Bila kerja pun biasanya masalah disiplin mereka tetap sama. Kalau bukan ponteng waktu, 'ponteng' tugas. Masa aku di Gemencheh N9, tukang kebun datang kerja pukul 8.00 pagi tapi selepas jam 10.00 pagi dia dah pergi kerja luar ... kedai tayar.
Tak seperti sekarang di mana tukang sapu dan tukang kebun bekerja untuk kontraktor pembersihan, dulu, mereka ni berjawatan pekerja am. Bergaji bulanan, tetap dan berpencen. Boleh tuntut elaun kerja lebih masa. Jawatan pekerja am termasuklah budak pejabat dan pembantu makmal. Masa aku di Dabong, hari pertama ke sekolah dengan keretapi, aku duduk menghadap [dalam koc keretapi dulu dulu, tempat duduk terakhir dipasang] seorang perempuan muda bergincu merah. Seorang pemuda duduk di sebelahnya.
P= Pemuda; PGM=Perempuan gincu merah
P : Kerja ke?
PGM: Ha ah.
P : Kerja kat mana?
PGM: I staff kat sekolah ....
Memang aku selalu jumpa perempuan gincu merah kat pejabat sekolah duduk di sebelah meja yang salah ... maksudnya bukan sebelah bekerja tapi sebelah pelawat. Masa tu umur aku baru 27 tahun ... ta'kulan aku tidak anggun ... sekadar ada mata tengok, ada telinga dengar, ada mulut diam. Hanya bila aku terpaksa menumpang di asrama, barulah aku tahu dia tukang sapu asrama. Itupun bukan kerana NAMPAK dia menyapu tapi teman sebilik yang bagitau. Hampir setahun aku di situ ... memang setiap hari lah aku jumpa dia DUDUK di pejabat bukan nya membersihkan asrama.
Tujuan cerita aku ni hanyalah nak meluahkan rasa sedih yang teramat sangat kerana tahun ini, sempena Hari Guru, para guru di kerah bergotong royong membersihkan kawasan sekolah. Ini termasuklah longkang dan tandas. Memanglah gotong royong bersama pelajar, tapi cuba bayangkan jika dalam kelas pun, walaupun setelah mengajar melalui teladan, guru menyapu lantai membersihkan tingkap, namun masih gagal menerapkan nilai kebersihan kepada pelajar, ingat bila buat gotong royong pelajar akan berebut rebut membersihkan tandas yang telah mereka kotorkan?
Rasa sayu sangat.
Terasa betapa nilai penghargaan kepada guru seperti sampah.
Menyedihkan!
No comments:
Post a Comment