Khamis 7 Feb 2013.
Ayong: Umi! Makcik Eni sakit ... kanser ... kat hospital Temerloh.
Umi : Bila?
Ayong: Dah seminggu masuk wad.
Umi : oh! Nanti lepas kenduri kita pergi melawat lah.
Selasa 12 Feb 2013.
Ayong: Umi! Makcik Eni ada kat rumah dia.
Umi : Eh?
Ayong: Doktor suruh balik sebab raya cina.
Umi : Ha? Pelik nya. Jom lah gi tengok dia. Telefon nenek kot dia nak ikut!
Di rumah Eni.
Nenek: Bila kamu mula sakit, Eni?
Eni : Bengkak kat bawah ketiak ni dah lama tapi bulan sebelas masa balik kampung untuk kenduri Reno, tetek mula bengkak.
Umi : Bila kamu pergi hospital?
Eni : Minggu lepas. Jumaat 15 hb ni kena pergi hospital balik untuk scan. Pukul 8.00 pagi nak kena ada kat sana.
Umi : Ayong boleh tolong hantar?
Ayong: Boleh.
Jumaat 15 Feb 2013 13:00
Ayong: Umi! Makcik Eni kena masuk wad semula. Sesak nafas. Tak boleh buat scan. Kena tunggu nafas stabil dulu. Petang ni saya kena pergi hantarkan baju dia. Nak ikut?
Umi : Ok. Pakcik Syarul dan Hafiz tentu nak ikut sekali.
Jumaat 15 Feb 2013 18:30
Hafiz tak dibenarkan naik ke wad melawat ibunya kerana belum cukup umor. Eni amat lemah di katil dengan topeng oksigen.
Umi : Doktor ... ini suami pesakit. Dia nak bawa pesakit balik ke Indonesia.
Doktor : Buat masa ini pesakit ada masalah pernafasan. Kami tak nasihatkan pesakit dipindahkan kerana mungkin timbul masalah dalam penerbangan. Biarlah pesakit stabil dulu.
Umi : Syarul ... betul kata doktor. Mana larat Eni naik kapal terbang sensorang dalam keadaan begini. Tunggu dulu lah!
Syarul : Ya lah.
Ahad 17 Feb 2013 20:00
Nenek: Eni masuk wad? Nanti kalau pergi melawat, nenek pun nak ikut.
Umi : Ok.
Isnin 18 Feb 2013 16:00
Ayong: Umi kat mana?
Umi : Baru sampai rumah. Awak kat mana?
Ayong: Tengah jalan ke Seremban. Umi buat apa tu?
Umi : Tak de apa. Kenapa?
Ayong: Makcik Eni dah tak ada!
Umi : Innalillahi wainna ilaihiraji'un. Bila?
Ayong: Pukul duabelas lebih tadi. Saya nak kena balik ke?
Umi : Eeh ... tak payah lah. Nanti saya jer yang pergi.
Ayong: Umi terus pergi ya. Diaorang tengah tunggu tu. Umi gi ambik nenek tak?
Umi : Ya lah.
Nenek tak sihat. Tak larat nak ikut ke hospital.
Sampai di hospital, jenazah Eni dah dibawa ke bilik mayat.
Susah juga mencari tempat tu sebab tak biasa. Silap masuk sampai ke bilik forensik yang sedang buat post mortem. Kelam kabut diaorang suruh saya keluar.
Nampak mayat yang sedang dibedah.
Seorang lelaki yang pakai bib forensik tunjukkan tempat jenazah Eni diletakkan.
Syarul [suami Eni] dan Yanti [adik Eni] menangis sedih. Minta tolong saya berurusan dengan pihak hospital.
Syarul nak bawa jenazah balik ke Indonesia untuk dikebumikan. Pihak hospital sudah menghubungi agen yang menguruskan penghantaran jenazah.
Syarul dan Yanti minta saya berurusan dengan agen.
Bayaran urusan menghantar jenazah ke Padang ialah RM5800.00. Tiket penerbangan untuk pengiring berharga RM850.00. Malangnya tiada tiket untuk pengiring menaiki penerbangan bersama jenazah.
Tiket AirAsia ke Padang RM360.00.
Jumlah RM6160.00
Syarul kosongkan dompet ... ada RM1200.00
Agen perlukan deposit RM3500.00
Syarul menangis. Majikannya berada di KL.
Last kopek! Duit simpanan untuk hantar nenek pergi umrah.
Lepas maghrib, jenazah di suntik ubat pengawet dan dimandikan.
Hafiz [anak bongsu Eni berumor 10 tahun] turut mandikan jenazah ibunya. Matanya merah tapi airmatanya tak kelihatan mengalir.
Tunggu agen sampai dari Seremban. Baca yasin.
Hampir jam 12 tengah malam agen sampai. Jenazah dimasukkan ke dalam beg mayat sebelum diletak dalam keranda yang kemudiannya dibungkus dengan kain putih dan ditulis butiran penerima.
Hantar Hafiz dan Yanti balik.
Sampai di rumah hampir 1.30 pagi.
Mandi.
Tak dapat tidur.
Jam 5.30 pagi bersiap ke sekolah.
Jam 10.00 pagi 19 Feb 2013, Yanti telefon bagitau Syarul selamat sampai di Padangawal pagi.
Hampir jam 4.00 ptg, Yanti telefon bagitau jenazah sampai di Jakarta.
Maghrib, Yanti telefon bagitau jenazah selamat tiba di Padang dan terus dibawa ke kampung dengan ambulan.
Hampir jam 10.30 mlm, Yanti telefon bagitau jenazah Eni selamat dikebumikan.
Agen hantar sms minta baki bayaran dijelaskan. Minta tempoh sehingga siang.
Jam 12.02 tgh 20 Feb 2013, baki RM2660 dijelaskan kepada agen.
Alhamdulillah.
Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.
4 comments:
Takziah. Siapa arwah tu?
masa my father ambik kontrek potong buah kat estet dulu, she and her husband worked for him. in the end ..she was the one who took care of everything ..including anta and ambik ayong n epit dari sekolah when i was away [stayed with grandparents then]. she 'adopted' us as her family kat sini.
Salam KoolmakcikZ,
not sure how this works (not a blogger) but i was surfing and googled gemilang travel + problems..whn I came across ur blog...and the 'horros' tht u went thru with gemilang..
wud like to hear more..pls conct me - izahnoor@gmail.com..thnks!
Kak izah
Waalaikumsalam Kak Izah,
Sorry. Baru perasan ada komen kat sini.
Saya dah hantar mail.
Thanks for dropping in.
Post a Comment