Monday, July 18, 2011

Kokok Berderai Derai Ekor Bergelumang Tahi

Dulu heboh sekejap pasal rumah pelacuran bersepah di ibu negeri serambi Mekah. Ada blog yang menyiarkan laporan hasil siasatan siap gambar gambar lagi. Tak berapa hari, isu tu senyap.

Kini wujud pulak polemik berkaitan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat tempat Hiburan 1997 yang dicetuskan MB Kedah.

Dapat link ni setelah baca posting terbaru satD

**... Sehubungan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Perkara itu dijelaskan beliau pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel di sini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"PAS ambil jalan terbaik yang tidak boleh diselesai oleh Umno iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat.

"Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan dikalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Keputusan itu juga katanya telah dipersetujui oleh pengusaha pusat-pusat hiburan di negeri itu dan bersedia diambil tindakan termasuk menarik lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian.

Penjelasan itu dibuat selepas mesyuarat tersebut mendengar penerangan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor.

Hasrat sebenar perlaksanaan undang-undang itu kata Abdul Hadi, bertujuan mencegah orang bukan islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan.

Bagaimanapun kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

"Di sana banyak perkara-perkara tidak tepat di lapor media yang sengaja dimainkan Umno Barisan Nasional.

"Kita membetulkan peraturan yang salah yang dibuat Umno. Umno membenar pusat hiburan kepada bukan Islam, dan tidak ada peraturan tegas bagi menghalang orang Islam" tambahnya.

Sementara itu, Mohd Sanusi yang ditemui selepas itu berkata, penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab pihak polis. **


Banyak cantik!!!

Dalam isu Bersih 2.0 tak pulak nak dengar arahan polis.

Ini dia berkokok berdegar degar, siap kutuk "orang Umno buat peraturan" [entah-entahkan masa Enakmen tu digubal dan diluluskan Parlimen, PAS ada dalam Perikatan pun] alih alih dia duat disclaimer konon penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab polis.

I was expecting The Monkey to hurl his bestest expletives towards this mamat SU MB tapi tak de pulak. Tu pasal hangin satu badan mokcik nih.

Here is a great posting by someone who know what he is talking about regarding this issue.

2 comments:

Kenn said...

Begitulah hipokritnya sebelah pihak tu. Kalau kiri, kenakan polis - kalau kananpun, polis juga yang dipertanggungjawabkan.

Entah-entah ada lebai akan pakai topeng cina untuk ke Kedah bulan Ramadhan ni..

Selangor tak jadi hal.. jumpa saja Ronnie Liu..

koolmokcikZ said...

tu lah ... macam orang yang dah tak suka kat bini tua, tak de benda yang kena. teman baru tu ... kentut pun bau wangi