Wednesday, May 25, 2011

HANTU

Yahoo Malaysia banyak merujuk Malaysian Insider untuk siaran berita di portal News nya.

Kadang kadang terasa juga pelaporannya agak berat sebelah [atau mungkin saya sendiri yang senget].

Hari ini saya tertarik dengan dakwaan AP Tumpat mengenai MyDaftar yang disyaki beliau sebagai cubaan kerajaan BN untuk mendaftar rakyat Thailand sebagai pengundi [di sini]

Lebih menarik bila saya membaca 2 komen berikut:-

1. Nowaday in Malaysia tanah air ku , "Nothing Impossible,..but..every things Possible".

>bergrombolan2 rakyat asing kat malaysia,sgt ramai,tak tahu dr mana masuknya...bila operasi...kebanyakan "kosong"

>Rasuah dan "komisyen" pun ada ranking dlm dunia daa...

>kadar murtad ,berbakul-bakul daa failnya.

>alkohol top 10 in the world.

>...macam2 lagi daaa...

Oleh Kerana Itu....setakat nak guna jentera kerajaan untuk kepentingan pihak tertentu rasanya.....sendiri mau ingatlah....

Walaubagaimanapun, kita sgt2 berharap kakitangan kerajaan bersifat amanah dan bersih, ia tidak jadi seperti di atas.... kalau jadi juga , maka hancurlah demokrasi dan punah lah mandat rakyat terhadap kerajaan , sampai kiamat ....... Realbrain

Ini pula respon kepada  komen di atas:-

Ingat senang ke nak buat mcm tu...ingat semua kakitangan kerajaan sokong BN ke...kalau betul terjadi memang rahsia tak boleh simpan punya...kakitangan kerajaan pun sayangkan negara ini...semua ini cerita nak tambah undi.... Guna Otak

2. Kamaruddin Jaafar tidak pernah kerja dengan jpn oleh itu dia tak tahu tugas2 jpn yang nak buat operasi my daftar ni. .My daftar tu nak menolong kalu ada orang orang yang lahir di msia dan juga yang layak mengikut syarat2 akta dan UU jpn bagi mereka2 yang belum memilikki kad pengenalan atau surat beranak.Kerana yang sebenar ada ramai lagi orang tercicir tak ada dokumen pengenalan diri di kelantan ni selama ini sebab sifat manusia. Bagi orang yang pernah bekerja dgn jpn hanya tahu perkara ini kalu tak pernah bekerja di jpn tak usah cakaplah,jauh dari kebenarannya,hanya prasangka buruk semata-mata .Adakak logik nak bagi kad pengenalan kepada orang asing secara terbuka melalui operasi begitu,cuba guna sikit jah otak tak payah fikir banyak2. Orang kalu nak buat operasi bagi kad pengenalan dibuat secara sulit tempat pun tidak diistiharkan tarikh pun tidak dinyatakan.Perkara sebegini tak pernah dibuat pun sebelum ini..Kerana taksub politik sempit semua perkara jadi tak baik..... Srosaladdin Halles

Dari pengalaman peribadi saya sendiri, di setiap institusi yang saya pernah berkhidmat, tak sampai 10% pegawai kerajaan yang 'kelihatan' menyokong BN. Undi mereka saya tak tahu lah tapi kalau mendengar cakap cakap  mereka, mereka tidak menyokong BN.

2 comments:

Kenn said...

Ada juga sejenis hantu yang menuding jari ke arah lain, lalu berkata "Tu dia Hantu !", ditambah lagi dengan perkataan "jembalang".

Kenapa?

Kerana dia tidak mahu org menoleh kepada dirinya dan melihat bahawa dia lah hantu yang sebenarnya.

Biasalah. Pencuri akan mengatakan org lain mencuri.

koolmokcikZ said...

samalah dengan bebudak yang kentut dalam kelas ... tak ngaku tapi tuding orang lain