Sunday, July 18, 2010

Mahkamah Sesyen Tersilap

Astaghfirullahal'adzim


4 tahun lalu seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan atas 2 sabitan merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun. [Utusan Malaysia]


16 Julai 2010 Mahkamah Tinggi menerima rayuannya dengan mengetepikan sabitan dan hukuman kerana mendapati Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dari segi fakta dan undang undang semasa menjatuhkan hukuman tersebut.


Sewaktu membacakan keputusannya, hakim Mahkamah Tinggi menyatakan laporan perubatan yang dikemukakan tidak boleh diterima sebagai bukti kerana tandatangan padanya disahkan palsu oleh seorang pegawai perubatan.


Malah, pegawai perubatan yang sama mengesahkan mangsa tidak dirogol dan kesan koyakan pada kemaluannya akibat tusukan objek tumpul seperti belakang pensil.


Kesimpulannya pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie.


Menggerunkan.


Bagaimana laporan perubatan dipalsukan dan dapat disahkan palsu kemudian. Kenapa kepalsuan itu tidak dapat dibongkar lebih awal oleh defenden? Kelemahan peguam bela kah atau kehebatan peguam pendakwa atau kelemahan sistem?


Bagaimana pula dalam kes berprofil tinggi yang melibatkan ketua pakatan pembangkang yang telah 20 kali ditunda. Kehebatan peguam bela kah, kelemahan pendakwa kah atau sistem dipermain mainkan?


Negara ini semakin kucar kacir.


Tangan tangan ghaib berjaya memecah belahkan keharmonian rakyat seterusnya menimbulkan prasangka terhadap sistem perundangan. Ketua Polis Negara telah lama berjaya dipalitkan dengan pelbagai situasi negatif. Perlembagaan ditafsir mengikut kehendak masing masing. Demonstrasi jalanan dirangsang. Isu perkauman digunakan untuk melaga lagakan rakyat. Anak muda diulit dengan budaya hedonisma. Seks bebas berleluasa. Kebendaan disembah.


Bangun lah anak bangsa ku. Jangan nanti jadi Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.



No comments: