Tuesday, June 15, 2010

Attitude

Huarrgghhh!!! Masuk minggu kedua cuti sekolah. Ada tiga kelas lagi nak kena siapkan tanda kertas. Mak aih! Bosannya!!! Nak lepas stress kat Farmville, dah berminggu tak leh access.
 
Orang pejabat telefon pepagi lagi. Kacau betul lah! Cuti pun tak senang. Ada ada je! Menyampessssss! Nak muntah. 

Untuk jimatkan kos, terus ke hospital ambil ubat darah tinggi. Patutnya pergi hari Jumaat. Farmasis ok jer tka banyak songel. 

Tengah jalan balik, nampak orang jual petai kat tepi jalan. Gecor air liur teringat makan petai jeruk kat rumah Tim di Maran bulan lepas. Baru minggu lepas telefon Tim minta dia belikan kat pekan sari Maran. Tim gelak. Bukan dibeli tapi dia buat sendiri rupanya. Dia ajar camana nak buat.

Harganya RM5 seikat. Seikat ada lima papan. Bulat bulat mata petai ... cam mata Uji Rashid ... hahaha! [jangan saman kak!]

Kalau ambik dua ikat, tak de diskaun ke dik?

Senyap.

Keluar not lima puluh ringgit. Budak tu pulangkan empat puluh ringgit.

Kat sebelah budak jual petai tu ada orang jual tembikai. RM1.30 sekilo. Minta dia belah nak tengok elok ke tak. Tak ada pisau. Tak pe lah. Timbang. Lebih sikit dari 5.6kg. 

"Bayar RM7.50 dah lah kak". 

Ok lah.

Hulurkan not sepuloh ringgit.

"Tak de duit kecik ke kak?"

Laaaa .... sepuluh ringgit, bukan seratus ... 

"Kak pergi tukar dulu lah kak"

&@#**+^&&%%$$$##@@

Tak payah lah.

Hidupkan kereta dan terus berlalu.

Kenapa?

Sakit hati.

Nak berniaga .. pisau tak de, kalkulator tak de, duit kecik tak de , budi bahasa tak de.

Eh???

Rasional aku...

Kalau aku di tempat penjual tembikai tu ... aku yang akan ikhtiar untuk tukarkan duit tu ... tukar ngan budak jual petai tu ke ..tukar ngan orang jual goreng pisang ke ... habis tak de .. aku akan menyeberang jalan ke kedai Caltex beli lah gegula sebiji, janji dapat tukar duit. Ringkasnya, aku akan pastikan aku dapat jual tembikai tu.

Hmm...

Entah entah penjual tembikai tu dok kutuk aku bertambun ... apa hal le mak cik tu ... ingat beso sangat ke duit dia ... kete pun wira buruk ... berlagakkk!!!

Aku bengkek sebab rasa attitude penjual tembikai di tepi jalan tu tak kena.

Mungkin dia pun bengkek kat aku sebab rasa aku ada 'attitude'.

Tapi kan ... 'customer is always right'

HEHEHEHE !!!

No comments: