Rombongan pihak lelaki dijangka tiba lepas zohor.
Order 40 ekor patin sangkar untuk dimasak tempoyak buat jamuan. Janji dengan pembekal seekor ikan potong dua aje. Yang sampai seekor ikan potong empat. Maknanya ikan yang dibekalkan tu melebihi 2 kg seekor. Anggaran tetamu tak sampai 100 orang.
Kelam kabut membersihkan ikan. Tak muat periuk kerana jumlah ikan hampir 2 kali ganda dari yang dirancang.
Nasib baik nenek ada stok tempoyak lebih.
Cuaca mendung. Tiga hari lepas hujan tak berhenti. Risau. Takut rombongan tiba dalam hujan.
Tayar kereta Rahim pancit dan kesesakan jalan kerana cuti tahun baru cina menyebabkan rombongan tiba hampir waktu maghrib.
Tak sempat beramah mesra lebih lama dengan keluarga pihak lelaki yang datang dari jauh. Mohon maaf lah.
Ramai pulak yang tak makan ikan sungai.
:(
Maaf sekali lagi.
rombongan pihak lelaki sampai dari Kota Bharu hampir waktu maghrib |
pak sedara kedua belah pihak jadi wakil |
bakal ibu mertua menyarungkan cincin pertunangan |
Ayong cium tangan bakal mertua |
RJ 3009 |
hantaran kedua belah pihak |
pulut semangat belah perempuan |
peminang |
dipinang |