Monday, July 30, 2012

Ditelan Mati Emak ...




Lena tidur Uzma. Nyenyak di lengan nenek. Didodoi nyanyian murai. Nyaman lepas mandi pagi.

Sambil berbuka puasa tadi, terdengar berita perdana. Betapa rakyat Malaysia bukan Melayu selama ini menganggap perkhidmatan awam adalah hanya untuk orang Melayu.

Iye ke?

Betapa kini mereka juga berminat. Kerana gaji pun sudah naik. Ditambah dengan jaminan.

Nenek baca di sini kerajaan persekutuan meluluskan pembinaan Sekolah Tinggi Chung Hwa Kuantan selepas perhimpunan besar besaran masyarakat Cina di Kuantan pada bulan Mei lepas di mana penganjur berjaya mengumpulkan lebih 4000 tanda tangan bagi mendesak penubuhan nya.

4000 tandatangan dan kerajaan meluluskan pembinaan sekolah tinggi Chung Hwa. Sebuah sekolah cina yang menawarkan Unified Examination Certificate dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sebuah sekolah cina yang TIDAK mengiktiraf guru selain guru cina utuk mengajar.

Sebuah sekolah yang mengasingkan pelajarnya dari sosio budaya Tanah Melayu ini.

Nenek ini gusar mengenangkan masa depan cucunya yang lena tidur didakapan pagi tadi.

jika dengan 4000 tandatangan, sebuah sekolah menengah berbahasa penghantar cina terpaksa dibina ...

filem Tanda Putera yang mengisahkan kehidupan Allahyarham Tun Razak dan Tun Dr Ismail dipaksa tunda tayangannya kerana masyarakat cina rasa sensitif dengan peristiwa 13 Mei ...

buku teks sastera Melayu 'Interlok' ditarik balik kerana orang india rasa sensitif dengan SATU perkataan yang sememangnya telah sedia wujud berjuta tahun dahulu 

sudah habis tergadaikah setiap inci Tanah Melayu ini?

kemana nak ku bawa undi ku yang satu?

ditelan mati emak, diluah mati bapa

aduhai



No comments: