Thursday, December 22, 2011

Ngellik berbelit

Pelik nya bila baca berita ni [dari sini].

Selama hari ni yang dok terpekik terlolong minta SPR guna dakwat kekal ni sapa ek?

Persatuan penternak kambing jamnapari kah?
d'oh !!! mokcik feninNNNNNN!
rasa nak termuntah lerrr !!!

PAS hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang mampu mengelakkan pengundian berulang.
Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jaminan tersebut termasuklah memilih dakwat kekal yang bermutu tinggi bagi memastikan dakwat yang dicalit tidak mudah dipadamkan dengan apa-apa juga bahan kimia serta tahan lama.
"Kita sememangnya mengalu-alukan pengunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang dan berharap ia tidak melanggar syarak.
"Jadi kita berharap penggunaan dakwat kekal ini mampu memulihkan keyakinan rakyat terhadap perjalanan pilihan raya di negara ini. SPR perlu yakinkan pengundi bahawa ia tidak melanggar syarak serta tidak boleh dimanipulasi dan tidak boleh dihapuskan dengan mudah menggunakan bahan kimia," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

No comments: