Balik dari pejabat pos, singgah di gerai adik untuk bersarapan. Beberapa orang tukang karut tempatan juga sedang menikmati nasi berlauk mereka. Galak mereka buat lawak pasal Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Paling bergegar gelak mereka bila ada yang berjenaka kerajaan beri bantuan itu supaya rakyat terus mengundi PAS. Entah apa muslihat disebalik kata kata begitu yang terpacul dari mulut mereka yang bila nak ke jamban pun berkopiah [sunat ya menutup kepala bila di jamban]. Namun bagi seorang yang tidak warak macam den nih, terasa sengal jugak lah telinga bila mendengar jenaka yang begitu dari orang dewasa. Di mana letaknya keluhuran budi pekerti?
Den hanya mampu tersonyum sahaja sambil mengunyah ulam timun nasi lemak kukus telur mata kucing. Dalam hati berdetik juga ...
Tahun baru Hijrah 1433 dah hampir sebulan berlalu. Sedang makan nasi lemak tadi, adik ipar den hulurkan kiriman omak den ... 'asyura. Masa kanak kanak den cukup gemar makan 'asyura, terutamanya yang ada daging. Sodappp.
Menjelang tahun baru Hijrah 1433, akhirnya den berjaya mengambil satu langkah ke hadapan setelah hampir sedekad berusaha.
50 pokok anak sawit tiba pada 21 Zulhijjah |
selesai ditanam pada jam 7.00 mlm 22 Zulhijjah |
Syukur Alhamdulillah
Ya Rabb!
ampuni daku dengan kemurahanMu
semoga Engkau tidak memutuskan harapanku
kepadaMu
wahai Dzat yang Maha Pemurah
jika rezeki ku
berada di atas langit
maka turunkanlah ia
jika berada di dalam perut bumi
maka keluarkanlah ia
jika sukar
mudahkahlah ia
jika haram
sucikanlah ia
jika masih jauh
dekatkahlah ia
Amin
jika rezeki ku
berada di atas langit
maka turunkanlah ia
jika berada di dalam perut bumi
maka keluarkanlah ia
jika sukar
mudahkahlah ia
jika haram
sucikanlah ia
jika masih jauh
dekatkahlah ia
Amin
No comments:
Post a Comment